Tuesday, 3 December 2013


11 MAKANAN PEMBUNUH KECERDASAN


1. Makanan berkadar gula tinggi


Gula dan produk makanan bergula bukan hanya tidak elok untuk tubuh badan, tetapi kesan hidangan ini dalam jangka panjang akan menimbulkan masalah saraf. Produk ini juga akan mengganggu kemampun ingatan. Oleh sebab itu, kita disarankan untuk mengelak daripada makan makanan yang belum dimasak sempurna, gula, sirup jagung, dan berbagai hidangan yang tinggi fruktosa.

2. Alkohol


Selain mengganggu fungsi hati, kandungan  alkohol akan menyebabkan seseorang itu tidak mampu berfikir dengan jelas. Tingginya pengambilan alkohol akan mengganggu keseimbangan otak. Akibatnya seseorang tidak mampu mengingat nama, peristiwa, dan tidak dapat membezakan ilusi atau kenyataan. Apabila hal ini terjadi, sebaiknya segera mengurangkan pengambilan minuman tersebut bagi yang mengambilnya.

3. Junk food (makanan ringan)

Penyelidikan yang dijalankan di University of Montreal Kanada mendapati bahawa makanan ringan tersebut mengandungi lemak yang berlebih yang dapat mengubah susunan kimia otak. Akibatnya, penggemar junk food lebih cepat berasa gelisah dan mengalami kemurungan. Junk food juga akan membuat seseorang itu cenderung menunjukkan gejala kemunduran (withdrawal) ketika berhenti mengambilnya. 

4. Makanan yang digoreng

Hampir semua makanaan yang diolah (processed food)  mengandung unsur kimia, pewarna, penambah rasa, dan zat pengawet. Zat tambahan ini menimbukan risiko  hiperaktif, baik pada usia dewasa mahupun anak. Makanan yang digoreng atau diproses, perlahan-lahan merosakkan sistem saraf di dalam otak. Beberapa minyak didapati lebih berbahaya berbanding lainnya, contohnya minyak bunga matahari.

5. Makanan olahan atau pre cooked (setengah masak)


Seperti halnya makanan yang digoreng,makanan olahan akan mempengaruhi sistem saraf pusat. Makanan ini juga meningkatkan risiko penurunan fungsi otak, contohnya penyakit alzheimer.

6. Makanan yang masin


Pengambilan  makanan masin dikenal sebagai faktor yang menyebabkan hipertensi (darah tunggi). Pengambilan makanan yang terlalu banyak kandungan sodium natrium bahkan mirip seperti nikotin, yakni dapat menyebabkan pengambilnya tak berhenti makan dan ketagihan.   Padahal, kesannya boleh menurunkan kemampuan berfikir.

7. Grains (nasi @ serat), kecuali whole grains 

Seluruh jenis serat merupakan sumber karbohidrat yang dapat mempengaruhi fungsi otak dan keadaan kesihatan secara umum. Namun dari banyak produk grains, jenis whole grains adalah jenis yang paling digalakkan kerana sangat kaya dengan serat dan dapat mencegah penuaan salur darah.8. Sumber protein yang diolah

Protein dikenal sebagai pembangun otot dan penting untuk membantu tubuh bekerja dengan baik. Protein juga membantu tubuh menyekat sistem saraf. Namun hal ini tidak terjadi jika mengambil sumber protein olahan, seperti daging yang terlalu lama dimasak, hot dog, salami, atau sosej. Sebaiknya, pilihlah ikan segar terutama untuk tuna dan salmon, susu, dan kacang-kacangan untuk sumber protein yang lebih baik.

9. Lemak trans


Lemak trans dikenal sebagai salah satu faktor yang boleh menyebabkan penyakit jantung, kerana menyebabkan obesiti dan kenaikan kadar kolesterol. Konsumsi lemak trans juga akan membuatkan otak lebih lambat untuk mempengaruhi refleks.

Bila diambil dalam jangka waktu lama, lemak trans akan menyebabkan penyusutan otak. Hal ini perlahan-lahan juga membahayakan salur arteri jantung. Oleh kerana itu, segera batasi pengambilan makanan tinggi lemak trans, seperti  gorengan, donat dan margerine.

10. Pemanis buatan


Pemanis buatan memang mengandungi kalori yang sedikit.


11. Nikotin


Walaupun faktanya nikotin bukan merupakan jenis makanan, tetapi zat yang satu ini sudah terkenal dapat merusak otak dengan cara menghambat aliran darah menuju organ penting ini, sehingga membatasi suplai oksigen dan glukosa . Zat ini bukan cuma menyebabkan penuaan dini dan memicu kanker dan merusak pernafasan, tetapi juga  mempengaruhi produksi dan fungsi neurotransmitter dengan membuat sempit lubang saluran kapiler. Padahal, saluran darah berukuran kecil ini berperan penting dalam fungsi otak. 


CONTOH MAKANAN YANG BOLEH MENGURANGKAN KECERDASAN OTAK


TEKANAN EMOSI
























5 Bahan Beracun dalam Makanan


Thursday, 28 November 2013

Teknologi Nano



Penggunaan Teknologi Nano Dalam Industri Makanan

Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi Nano adalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer, biasanya 0,1 sampai 100 nm (satu nanometer sama dengan satu perseribu mikrometer atau satu persejuta milimeter). 

Apabila sesuatu struktur, peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri- ciri bahan tersebut boleh berubah, dan membolehkan perkara- perkara yang unik dihasilkan. 

Contohnya, sesuatu ubat boleh dijadikan lebih efektif dan lebih kuat, makanan yang boleh tahan lebih lama dan mengubah struktur makanan supaya lebih bernutrisi, penghasilan  barangan yang lebih fleksibel dan sebagainya. 

Teknologi nano atau nanotechnology banyak dan biasa digunakan dalam pengeluaran barang elektronik yang semakin kecil. Pengunaan produk yang semakin kecil dapat menjimatkan bahan dan juga kuasa yang perlu digunakan untuk ia berfungsi.


Bagaimana pula dalam industri makanan ? Sebenarnya di Amerika Syarikat ' silvernano' atau nanoperak sedang dikaji dan sebahagian telah digunakan untuk melapisi bahan pembungkusan makanan.
Peti ais jenama Daewoo dilapisi nanosilver dibahagian dalamnya.


Silver atau perak terkenal dengan fungsi antimikrobialnya, yang mana penyerapan nano silver yang halus ini kepada bakteria atau mikrorganisma yang merosak makanan mampu membunuh mikroorganisma ini dan menjadikan makanan tahan lama disimpan !.

Sebenarnya, lapisan nanosilver sedang diguna dengan meluas dinegara maju untuk bekas makanan, yakni nanosilver coated samada untuk bekas pembungkusan atau bahan pembungkusan makanan.

Bekas ini pun telah dilapisi nanosilver

 Penggunaan teknologi nano ini perlu diperluas dan dikembangkan dalam industri makanan dinegara kita kerana ia mampu memberikan manafaat yang banyak.

Monday, 25 November 2013

Senarai Bahan Kimia Dalam Makanan


Bahan tambah dalam makanan atau food additives sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan kita sekarang. Siapa berani katakan bahawa ' saya tak pernah makan food additives '. Dalam zaman yang serba moden dan pantas ini, kita tak boleh lari dari memakan makanan yang mengandungi bahan tambah dalam makanan ini. 

Tujuan penambahan bahan tambah makanan dalam industri makanan adalah untuk pelbagai fungsi iaitu:
1. Menjadikan makanan lebih tahan lama dan tidak mudah rosak
2. Menambahkan khasiat/ nutrien yang mungkin telah hilang semasa pemprosesan
3. Menjadikan produk lebih menarik
4. Menjadikan produk lebih mudah untuk dimakan atau digunakan.

Menurut Buku Halal Haram, Panduan, terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang,berikut adalah bahan tambah makanan yang meragukan dan perlu dielak.

1. Mono dan Digliserida
Monogliserida dan digliserida adalah campuran bahan berlemak yang dihasilkan daripada pecahan lemak dan minyak. Secara komersil, bahan ini mungkin diperolehi dari minyak sayuran, lemak lembu, lemak babi atau minyak ikan.



2. Gelatin

Gelatin adalah sejenis protein yang secara komersil dihasilkan daripada kulit/tulang lembu, babi atau ikan. Biasanya sesuatu label tidak menyatakan perbezaan dalam sumber gelatin yang terkandung dalam makanan. Oleh itu, produk makanan yang mengandungi gelatin adalah meragukan kecuali jika labelnya secara jelas menyebut penggunaan gelatin yang halal atau dari sumber ikan

3. Enzim

Penggunaan enzim sangat meluas dalam industri makanan dan tenusu. Sumbernya mungkin diperolehi dari binatang, tumbuhan atau mikrob. Enzim binatang yang lazimnya digunakan adalah renin, yang diperolehi dari perut anak lembu. Pepsin merupakan enzim penghadaman yang diperolehi daripada perut babi.

4. Gliserin/ Glycerine

Bahan yang terhasil dari lemak binatang, minyak tumbuhan atau bahan2 petrokimia.

5. Lesitin/ Lecithin
Merupakan pengemulsi dalam produk makanan yang mengandungi lemak. Sumber lesitin yang sering digunakan adalah kacang soya. Jika produk makanan tidak melabelkan sumber lesitin, maka perlu diragui.

6. Alkohol

Alkohol atau nama lainnya, etanol atau etil alkohol adalah bahan yang memabukkan dan haram dimakan. Dalam industri makanan, banyak bahan perasa/perisa/pewarna yang dicampur dengan alkohol sebagai pelarut.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penemuan Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan isu2 berkaitan halal haram dalam industri makanan, dapatkan buku panduan Halal Haram yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

 

SUMBER:http://halalbakeryproduct.blogspot.com/p/senarai-bahan-tambah-makanan.html

Monday, 4 November 2013

Pemanis Tanpa Gula - Stevia


Kenaikan harga gula menjadikan ramai diantara kita mencari alternative pemanis yang lain. Sebenarnya teknologi makanan beberapa tahun yang lalu telah mengemukakan pelabagai gantian pemanis selain daripada gula tebu, antaranya madu dan juga gula tiruan seperti sakarin ( saccharin) namun harganya mahal serta sifatnya adalah gula tiruan meragukan pengguna.

Dengan kenaikan harga gula, pencarian pemanis tiruan atau pemanis asli pengganti gula mula menjadi perhatian. Kini pokok stevia didapati berpotensi untuk dijadikan pemanis pengganti gula.



Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan 
masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara kita walaupun stevia berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

Stevia sejenis pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.

Daun Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.

Namun, jika bahan steviosid dan rebaudiosid A diasingkan dalam proses makmal, maka rasa pahit dalam stevia akan dapat dihilangkan dan ia sesuai untuk dijadikan pemanis tanpa rasa pahit. Rasa pahit yang ada pada stevia kurang digemari sesetengah orang dan menjadi antara halangan utama sebagai makanan pengganti gula.

Stevia dipercayai mula dibawa masuk ke negara ini pada 1970-an dan kajian mengenainya berterusan sehingga ke hari ini, namun hanya dikenali ramai sejak lima tahun kebelakangan ini.

Stevia sudah pun dijadikan pengganti gula di Jepun dan menguasai 40 peratus industri pemanis manakala Korea Selatan menjadi negara kedua terbesar menjadikan stevia sebagai bahan pemanis. Di Kanada, India, China, Russia dan Paraguay, bahan pemanis itu diusahakan secara komersial.


Pada satu masa dulu kerajaan Amerika Syarikat juga mengharamkan kemasukan stevia sebagai pengganti gula. Namun, pada lewat 2008, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mula meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula.

Di Brazil dan Jepun berjuta -juta orang menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan.