Thursday, 28 November 2013

Teknologi Nano



Penggunaan Teknologi Nano Dalam Industri Makanan

Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi Nano adalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer, biasanya 0,1 sampai 100 nm (satu nanometer sama dengan satu perseribu mikrometer atau satu persejuta milimeter). 

Apabila sesuatu struktur, peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri- ciri bahan tersebut boleh berubah, dan membolehkan perkara- perkara yang unik dihasilkan. 

Contohnya, sesuatu ubat boleh dijadikan lebih efektif dan lebih kuat, makanan yang boleh tahan lebih lama dan mengubah struktur makanan supaya lebih bernutrisi, penghasilan  barangan yang lebih fleksibel dan sebagainya. 

Teknologi nano atau nanotechnology banyak dan biasa digunakan dalam pengeluaran barang elektronik yang semakin kecil. Pengunaan produk yang semakin kecil dapat menjimatkan bahan dan juga kuasa yang perlu digunakan untuk ia berfungsi.


Bagaimana pula dalam industri makanan ? Sebenarnya di Amerika Syarikat ' silvernano' atau nanoperak sedang dikaji dan sebahagian telah digunakan untuk melapisi bahan pembungkusan makanan.
Peti ais jenama Daewoo dilapisi nanosilver dibahagian dalamnya.


Silver atau perak terkenal dengan fungsi antimikrobialnya, yang mana penyerapan nano silver yang halus ini kepada bakteria atau mikrorganisma yang merosak makanan mampu membunuh mikroorganisma ini dan menjadikan makanan tahan lama disimpan !.

Sebenarnya, lapisan nanosilver sedang diguna dengan meluas dinegara maju untuk bekas makanan, yakni nanosilver coated samada untuk bekas pembungkusan atau bahan pembungkusan makanan.

Bekas ini pun telah dilapisi nanosilver

 Penggunaan teknologi nano ini perlu diperluas dan dikembangkan dalam industri makanan dinegara kita kerana ia mampu memberikan manafaat yang banyak.

No comments:

Post a Comment