Friday, 27 September 2013

Teknik Pengawetan Makanan


Pengawetan makanan dapat dilakukan dengan beberapa teknik yang menggunakan teknologi tinggi mahupun sederhana. Pengawetan makanan adalah satu proses yang menjadikan makanan tahan lebih lama dari segi kualiti, rasa dan nilai zat dan melambatkan pertumbuhan mikroorganisme pada makanan. Berikut adalah beberapa teknik asas yang telah diketahui secara umum oleh masyarakat dunia.



  1.   Pendinginan
Teknik ini adalah teknik yang terkenal kerana sering digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Maksud teknik ini adalah dengan memasukkan makanan di tempat atau ruangan yang bersuhu sangat rendah. Kita boleh menggunakan peti sejuk ataupun bekas yang berisi ais untuk mengawet makanan menggunakan teknik ini. Biasanya para nelayan menggunakan bekas yang berisi ais untuk mengawet ikan hasil tangkapan mereka. Di rumah-rumah biasanya menggunakan peti sejuk untuk mengawet sayur, buah, daging dan sebagainya. Suhu untuk mendinginkan makanan biasanya bersuhu 15 darjah celsius. Untuk makanan yeng hendak disimpan dalam jangka masa yang lebih lama, biasanya disimpan di tempat yang bersuhu 0 hingga -4 darjah celsius.






2.   Pengasapan
     Teknik ini adalah dengan meletakkan makanan diatas bara yang berasap. Teknik pengasapan sebenarnya tidak membuatkan sesuatu makanan itu menjadi awet dalam jangka masa yang lama. Jika mahukan ia tahan dalam jangka masa yang lama, ia perlulah dilakukan bersama-sama dengan teknik pengeringan. contoh makanan yang menggunakan teknik pengasapan ini adalah seperti ikan, daging dan sebagainya.





  
  3.  Pengetinan dan pembotolan
Sebelum dimasukkan ke dalam tin, sesuatu makanan akan direbus atau dimasak dengan suhu tinggi untuk membunuh bakteria di dalamnya. makanan ini kemudian disimpan secara steril dalam tin, botol atau kotak (seperti susu). Bahan yang ditinkan biasanya sayur-sayuran, daging, ikan, buah-buahan, susu, kopi, dan sebagainya. Teknik pengetinan melibatkan kedua-dua proses kimia dan fizik. Teknik kimia adalah dengan memberi bahan pengawet, manakala fizik membabitkan ruang udara di dalam tin.






  4. Pengeringan
Mikroorganisme suka akan tempat yang lembab dan basah. Jadi teknik pengeringan akan membuat makanan menjadi kering dengan kadar air serendah mungkin dengan cara dijemur, dioven, dipanaskan, dan sebagainya. Semakin banyak kadar air pada makanan, maka akan menjadi mudah proses pembusukan makanan. 
Dalam proses ini, air akan hilang dari makanan dan mikroorganisma akan mati atau tidak aktif. contohnya ikan kering, cili kering dan buah-buahan.





  5. Pemanisan@penjerukkan
Pemanisan makanan iaitu dengan menaruh atau meletakkan makanan pada medium yang mengandungi gula dengan kadar konsentrasi sebanyak 40% untuk menurunkan kadar mikroorganisma. Jika direndam pada konsenstrasi 70%, maka dapat mencegah kerosakan makanan. Contoh makanan yang dimaniskan adalah seperti manisan buah, susu, jeli, agar-agar, dan sebagainya. Penjerukkan pula menggunakan cuka atau asid yang akan menyebabkan mikroorganisma tidak dapat hidup. Contohnya bawang dan lada.






  6. Pengasinan
Cara yang terakhir ini adalah dengan menggunakan bahan NaCl atau yang kita kenal sebagai garam kasar untuk mengawetkan makanan. Teknik ini disebut juga dengan sebutan penggaraman. Garam akan mengeluarkan kelembapan dan menghalang pembiakan mikroorganisma. Contohnya ialah telur asin.










Makanan Organik




 Apakah Makanan Organik?






Makanan organik merupakan produk makanan yang dihasilkan daripada bahan - bahan mentah yang dihasilkan secara semula jadi. Pada peringkat awal kemunculan makanan organik ini lebih tertumpu kepada hasilan pertanian di mana hasilan pertanian seperti sayuran dan buah-buahan dihasilkan tanpa mengunakan baja ataupun bahan-bahan kimia.

Oleh sebab baja dan racun perosak kimia dilarang penggunaannya di bawah sistem perladangan organik, secara langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan dalam kalangan pengusaha dan pekerja serta pengguna dapat dielakkan.

Kepentingan Teknologi Dalam Teknologi Makanan

Kini, makanan organik mula dihasilkan dengan menggunakan teknologi makanan untuk produk-produk kegunaan harian seperti sos tomato, sos cili.

Penghasilan makanan organik ini mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna terutama di negara barat dan kini ia mula memasuki pasaran negara kita. Kini di pasar raya di negara kita telah mula ada bahagian yang dikhususkan untuk pemasaran produk-produk organik.

Penghasilan dan pemasaran produk organik ini merupakan satu peluang yang amat berpotensi untuk diterokai oleh usahawan-usahawan teknologi makanan. Pengguna kini mula beralih kepada makanan organik kerana kebimbangan terdapat kesan samping terhadap pengguna bahan-bahan kimia dalam bidang pertanian.

Oleh itu bidang penghasilan makanan organik perlu diterokai oleh kita untuk memastikan pengguna memperolehi makanan yang selamat serta ia mempunyai pasaran yang luas diseluruh dunia.



Di negara kita sudah ada pensijilan produk organik yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian di bawah Skim Organik Malaysia (SOM). Di mana telah diwujudkan piawaian makanan organik iaitu Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.

Pengenalan Teknologi Makanan


      Makanan merupakan bahan yang diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan yang dimakan oleh makhluk yang hidup untuk mendapatkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

      Setiap makhluk yang hidup memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan dengan baik dan sihat. Tanpa makanan, kita tidak dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik. Hal ini dikatakan demikian kerana badan kita memerlukan tenaga untuk melakukan sebarang aktiviti seharian. Sekiranya kandungan tenaga di dalam badan kita tidak mencukupi, sudah tentu kita tidak dapat melakukan kerja seharian dengan baik

      Teknologi Makanan merupakan suatu bidang sains dalam penghasilan produk makanan dan apa jua perkara yang berkaitan makanan. Bidang ini banyak diajar di pusat pengajian tinggi awam ataupun swasta. Bidang teknologi makanan ini juga diajar pada pelbagai peringkat bermula di peringkat Sijil Teknologi Makanan, Diploma Teknologi Makanan, Ijazah Teknologi Makanan seterus keperingkat Masters dan juga Phd. 
   
       Seperti petani serta penternak mengaplikasikan teknologi makanan yang mudah itu ke dalam perusahaan mereka pada kos yang murah dan menggunakan bahan - bahan yang mudah didapati di persekitaran. Penghasilan produk makanan dengan menggunakan pendekatan teknologi makanan yang mudah serta pada kos yang murah,menjadikan produk itu dapat dijual pada pengguna dengan harga yang agak berpatutan serta ia mampu berdaya saing di pasaran. Namun begitu produk yang dihasilkan oleh mereke boleh juga dibanggakan kerana ianya amat unik produk berteknologi makanan direka.