Friday, 27 September 2013

Makanan Organik




 Apakah Makanan Organik?






Makanan organik merupakan produk makanan yang dihasilkan daripada bahan - bahan mentah yang dihasilkan secara semula jadi. Pada peringkat awal kemunculan makanan organik ini lebih tertumpu kepada hasilan pertanian di mana hasilan pertanian seperti sayuran dan buah-buahan dihasilkan tanpa mengunakan baja ataupun bahan-bahan kimia.

Oleh sebab baja dan racun perosak kimia dilarang penggunaannya di bawah sistem perladangan organik, secara langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan dalam kalangan pengusaha dan pekerja serta pengguna dapat dielakkan.

Kepentingan Teknologi Dalam Teknologi Makanan

Kini, makanan organik mula dihasilkan dengan menggunakan teknologi makanan untuk produk-produk kegunaan harian seperti sos tomato, sos cili.

Penghasilan makanan organik ini mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna terutama di negara barat dan kini ia mula memasuki pasaran negara kita. Kini di pasar raya di negara kita telah mula ada bahagian yang dikhususkan untuk pemasaran produk-produk organik.

Penghasilan dan pemasaran produk organik ini merupakan satu peluang yang amat berpotensi untuk diterokai oleh usahawan-usahawan teknologi makanan. Pengguna kini mula beralih kepada makanan organik kerana kebimbangan terdapat kesan samping terhadap pengguna bahan-bahan kimia dalam bidang pertanian.

Oleh itu bidang penghasilan makanan organik perlu diterokai oleh kita untuk memastikan pengguna memperolehi makanan yang selamat serta ia mempunyai pasaran yang luas diseluruh dunia.



Di negara kita sudah ada pensijilan produk organik yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian di bawah Skim Organik Malaysia (SOM). Di mana telah diwujudkan piawaian makanan organik iaitu Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.

No comments:

Post a Comment