Wednesday, 23 October 2013

Pemakanan Seimbang Kawal Risiko Diabetes





 Tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi.Kurangkan kalori dengan memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.  

Susu
Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. 

Salmon 
Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.

Sereal atau Oatmeal
Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi serat tinggi, ia juga merupakan sumber  tenaga. 

Blueberry
Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes. 

Brokoli 
Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. 

Bawang Putih
Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm.Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.

MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN PESAKIT DIABETES
  • Semua jenis sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya kecuali semua jenis ubi.
  • Semua cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh, kopi kosong, kacang panjang, teh tanpa  gula, teh Cina, airlimau, air barli tanpa gula.
  • Perasa dan perencah seperti serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya. 
  • Semua daging/ayam tanpa lemak, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa). 

PANDUAN AM UNTUK PESAKIT DIABETES
Anda boleh menikmati tiga hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang masa yang tetap. 

  • Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan  berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
  • Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. 
  • Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam  dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
  • kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak  terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad.

Wednesday, 9 October 2013

VEGETARIAN DAN MAKANAN


Vegetarian adalah istilah untuk menyebut seorang yang memiliki kebiasaan memakan sayuran atau segala jenis makanan dari tumbuh-tumbuhan.

Jenis-jenis vegetarian.

Kelompok Vegetarian Vegan : Jenis vegetarian ini sangat teliti dalam makanan. Mereka banyak menggunakan tumbuhan seperti sayur dan buah. Mereka sangat anti kepada produk haiwan.
Kelompok Vegetarian Lacto : Lacto adalah sejenis vegetarian yang akan menggunakan produk         tumbuhan  tapi juga meminum susu mahupun produk lain yang diperbuat dari susu.
Kelompok Vegetarian Ovo : Kelompok Vegetarian Ovo hampir sama dengan Vegetarian Lacto. Mereka selalu menggunakan produk tumbuhan dan menghindari produk haiwan kecuali telur.
Kelompok Vegetarian Lacto-Ovo : Kelompok vegetarian ini adalah gabungan antara Vegetarian Lacto dan Vegetarian Ovo, iaitu menggunakan bahan tumbuhan namun juga meminum susu dan makan telur. Mereka juga menggunakan  produk-produk yang dibuat dari susu.
Kelompok Vegetarian Pollo : Kelompok ini memang selalu memakan produk nabati atau tumbuhan sebagai makanan asas. Namun, pada saat-saat tertentu mereka tidak menolak bila harus makan produk haiwan.
Kelompok Vegetarian Pesco : Selain menggunakan produk tumbuhan sebagai makanan asas, jenis vegetarian ini juga akan menggunakan ikan, namun menghindari makanan haiwan.

Manfaat Kesihatan.

The World Cancer Research Fund yang diterbitkan pada tahun 1977 menyatakan bahawa risiko kanser akan kurang jika mengamalkan pola makanan vegetarian. Banyak penelitian juga menyatakan bahawa penggunaan rutin buah-buahan dan sayur-sayuran memungkinkan tubuh untuk mengembangkan sistem imun tubuh yang yang lebih baik. Implementasi yang tepat dari diet vegetarian membantu dalam meningkatkan keadaan kulit, rambut dan kesihatan secara keseluruhan.

Jenis-jenis Makanan Vegetarian.

1)Protein : Telur, kacang-kacang, produk olahan susu, bijirin dan lain-lain.
2)Kalsium : Sawi, bayam, brokoli, rumpai laut dan lain-lain.
3)Zat Besi : Semua sayuran yang berwarna hijau.
4)Vitamin B12 : Bijirin.

Contoh-contoh makanan vegetarian.


Tuesday, 8 October 2013

MidMar, Penghasilan Makanan Halal Amerika Pertama Diakui USDA





Jakarta - Produk makanan halal di Amerika Syarikat belum lagi popular namun ada perkembangan yang menggembirakan. Midmar, sebuah perusahaan makanan halal telah memperoleh pengakuan dari USDA. Perusahaan pertama ini konsisten dalam menyediakan produk-produk halal bagi muslim Amerika.

Sebuah perusahaan Amerika pertama - Midmar berhasil memperoleh pengakuan dari USDA - Jabatan Pertanian AS. Pengakuan tersebut diwujudkan lewat penghargaan yang diberikan pada makan malam iftar tahunan yang diadakan oleh USDA di USDA Building, Washington D.C. Midmar menerima "Distinguished Community Service Award" kerana telah menjadi teladan dalam menyediakan produk-produk halal bagi muslim Amerika dan masyarakat muslim lainnya diseluruh dunia.

Sekilas mengenai Midmar, perusahaan ini berdiri pada tahun 1974. Sejak awal Midmar telah menjadi 'leading company' bagi produk halal di Amerika dan menjadi perusahaan pertama yang telah melakukan koordinasi dengan USDA mengenai perkembangan halal standard dan proses produksi halal. Sejak saat itu, produk-produk halal Midmar telah menjadi salah satu yang diakui secara global. Termasuk menjadi eksport bagi produk-produk halal Amerika yang cukup terkemuka.

"Dari awal, misi kami adalah ingin menyediakan produk dengan kualiti yang premium, terutama untuk produk daging Midwestern dan produk halal lainnya dengan target pelanggan muslim di Amerika dan seluruh dunia. Untuk itu kami telah menetapkan standard halal yang sangat ketat," jelas Jalel Aossey selaku Pengarah Midmar.

Saat ini permintaan akan produk halal baik domestik dan antarabangsa sendiri sedang meningkat, begitu juga dengan berbagai jenis produk halal yang ditawarkan Midmar. Saat ini Midmar sudah menjadi pembekal produk halal untuk restoran, francais, hotel, syarikat penerbangan, sekolah-sekolah, universiti, agensi-agensi pemerintahan, penjara, dan pasaraya baik di Amerika mahupun seluruh dunia.

Meski sudah menjadi syarikat yang terkemuka, Midmar tetap mengambil peduli dengan keadaan sekitar dan masyarakat. Di Amerika, Midmar memberikan bantuannya dalam penyediaan tempat tinggal, kedai makanan dan USDA summer lunch program, masjid dan Pusat Lembaga Islam serta sekolah-sekolah dan lain-lain. Selain itu secara antarabangsa, Midmar juga terlibat dalam pemberian bantuan kepada negara-negara yang mengalami musibah, peperangan dan bencana alam lainnya. 

"Kami sangat bangga menjadi perusahan pertama di Amerika yang menerima penghargaan ini. Menerima penghargaan dari USDA ini merupakah sebuah kehormatan tersendiri. Midmar berjanji akan selalu menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan mengeksport produk-produk pertanian Amerika ke seluruh dunia dengan selalu menjaga standard yang tinggi. Dan selalu memperluaskan bantuan kepada masyarakat komuniti di sekitar," jelas Aossey.

Wednesday, 2 October 2013

EVOLUSI INDUSTRI MAKANAN HALAL DI MALAYSIA

         Sekitar dua puluh tahun lalu, istilah halal dan haram tidaklah begitu popular dan jarang digunakan dalam industri makanan. Namun hari ini, ia telah menjadi semakin dikenali sebagai satu elemen penting yang mendominasi industri makanan dan ia berkembang menjadi satu jenama yang utama dalam pasaran makanan halal. Hal ini berlaku apabila populasi penduduk meningkat melebihi bekalan makanan dan pengusaha Islam terpaksa mengimport makanan daripada negara-negara bukan Islam seperti Thailand dan Australia untuk memenuhi keperluan tempatan. Tetapi malangnya, kebanyakan produk-produk makanan yang diimport seperti dari Eropah gagal untuk melepasi panduan halal menurut undang-undang Islam. Kesannya, penduduk mengalami kekurangan keperluan bekalan makanan halal kerana terpaksa menolak makanan yang tidak mengikut piawaian halal. Menyedari akan hal ini, Malaysia mula mengambil langkah untuk membangunkan keupayaan dalam bidang pemeriksaan, pemantauan, pempiawaian dan pensijilan standard serta menggalakkan industri halal.
             Istilah halal kini telah mengalami penjenamaan dalam mengkomersialkan produk makanan melalui logo dan pensijilan halal. Dalam keadaan persaingan pasaran dunia yang semakin sengit, penekanan terhadap aspek penjenamaan adalah penting untuk meningkatkan pemasaran produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Hal ini dilihat lebih penting dalam memasarkan produk makanan halal dengan menggunakan penjenamaan halal melalui logo dan sijil halal. Malaysia merupakan negara yang mempunyai kelebihan untuk bersaing dalam pasaran domestik dan antarabangsa kerana kelebihan daripada permintaan, sokongan kerajaan dan kos mendapatkan logo serta sijil halal.

          Sehubungan itu, fenomena penjenamaan halal ini telah menjadi pemangkin kepada pembangunan piawaian halal Malaysia. Malaysia telah menjadi negara pertama yang memperkenalkan dan membangunkan piawaian bagi pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan produk makanan halal. Kerajaan Malaysia melalui Institut Penyelidikan dan Perindustrian Malaysia (SIRIM) telah merangka dan membangunkan piawai Malaysia MS1500 Garis Panduan Asas bagi Pengeluaran, Penyediaan, Pengawalan dan Penyimpanan Makanan Halal yang merangkumi pematuhan piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Amalan Kebersihan Baik (GHP). Kewujudan pembangunan piawaian Halal Malaysia ini dapat mengukuhkan penjenamaan halal dalam industri makanan melalui logo dan pensijilan halal yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

                 Bagaimanapun, pengaplikasian GMP mahupun GHP dalam konsep halal ini didapati tidak menggunakan garis panduan yang disarankan oleh Islam sepenuhnya. Kedua-dua piawaian antarabangsa ini adalah bentuk piawaian konvensional yang diaplikasikan hanya untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan proses kerana piawaian ini hanya menggunakan penilaian teknikal berdasarkan bukti saintifik sahaja. Dalam aspek pembangunan industri makanan halal, Malaysia selaku negara Islam yang mempunyai kelebihan daya saing dan berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi hab bagi promosi, pengedaran dan pengeluaran makanan halal sangat memerlukan piawaian halal yang sebenar mengikut undang-undang Islam dan memenuhi aspek pengurusan kualiti Islam yang menyeluruh. Oleh itu, usaha membangunkan industri makanan halal dari segala aspek dilihat terus berlaku demi menjaga kesucian konsep halal yang diperkenalkan dalam al-Quran di samping memperkenalkan jenama halal sebagai imej Islam sebenar.




Logo HALAL Malaysia

Logo HALAL antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM

MAKANAN HALAL DARI SUDUT ISLAM

 DEFINISI HALAL

  1. Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
  2. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasan-perbahasan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasan atau perbahasan-perbahasan itu digunakan:

  •   bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak

  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak

  •   tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak

  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.