Vegetarian adalah istilah untuk menyebut seorang
yang memiliki kebiasaan memakan sayuran atau segala jenis makanan dari
tumbuh-tumbuhan.
Jenis-jenis vegetarian.
Kelompok Vegetarian Vegan : Jenis vegetarian ini sangat teliti dalam makanan. Mereka banyak menggunakan tumbuhan seperti sayur dan buah. Mereka sangat anti kepada produk haiwan.
Kelompok Vegetarian Lacto : Lacto adalah sejenis
vegetarian yang akan menggunakan produk
tumbuhan tapi juga meminum susu
mahupun produk lain yang diperbuat dari susu.
Kelompok Vegetarian Ovo : Kelompok Vegetarian Ovo
hampir sama dengan Vegetarian Lacto. Mereka selalu menggunakan produk tumbuhan
dan menghindari produk haiwan kecuali telur.
Kelompok Vegetarian Lacto-Ovo : Kelompok vegetarian
ini adalah gabungan antara Vegetarian Lacto dan Vegetarian Ovo, iaitu
menggunakan bahan tumbuhan namun juga meminum susu dan makan telur. Mereka juga
menggunakan produk-produk yang dibuat
dari susu.
Kelompok Vegetarian Pollo : Kelompok ini memang selalu
memakan produk nabati atau tumbuhan sebagai makanan asas. Namun, pada saat-saat
tertentu mereka tidak menolak bila harus makan produk haiwan.
Kelompok Vegetarian Pesco : Selain menggunakan produk
tumbuhan sebagai makanan asas, jenis vegetarian ini juga akan menggunakan ikan, namun
menghindari makanan haiwan.
Manfaat Kesihatan.
The World Cancer Research Fund yang diterbitkan pada tahun 1977 menyatakan bahawa risiko kanser akan kurang jika mengamalkan pola makanan vegetarian. Banyak penelitian juga menyatakan bahawa penggunaan rutin buah-buahan dan sayur-sayuran memungkinkan tubuh untuk mengembangkan sistem imun tubuh yang yang lebih baik. Implementasi yang tepat dari diet vegetarian membantu dalam meningkatkan keadaan kulit, rambut dan kesihatan secara keseluruhan.
Jenis-jenis Makanan Vegetarian.
1)Protein : Telur, kacang-kacang, produk olahan susu, bijirin dan lain-lain.
2)Kalsium : Sawi, bayam, brokoli, rumpai laut dan
lain-lain.
3)Zat Besi : Semua sayuran yang berwarna hijau.
4)Vitamin B12 : Bijirin.
Contoh-contoh makanan vegetarian.
No comments:
Post a Comment