Tindakan mengawal paras
glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko
komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan karbohidrat dalam pemakanan
perlu diawasi.Kurangkan kalori dengan memilih makanan yang mengandungi
karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya
perlu. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat
dalam usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Berikut adalah contoh
makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.
Susu
Kombinasi vitamin D dan kalsium
sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita
yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang
berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu
langsung.
Salmon
Salmon kaya dengan asid lemak
omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung,
menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan
insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.
Sereal atau Oatmeal
Sereal atau oatmeal merupakan
sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain
mengandungi serat tinggi, ia juga merupakan sumber tenaga.
Blueberry
Pterostilbene yang terdapat di dalam
blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel,
berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin membantu
melawan kanser dan diabetes.
Brokoli
Kajian mendapati brokoli memiliki
zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang
rosak akibat kencing manis atau diabetes.
Bawang Putih
Bawang putih kaya dengan kalium,
iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm.Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan
zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.
MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN PESAKIT
DIABETES
- Semua jenis sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya kecuali semua jenis ubi.
- Semua cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh, kopi kosong, kacang panjang, teh tanpa gula, teh Cina, airlimau, air barli tanpa gula.
- Perasa dan perencah seperti serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.
- Semua daging/ayam tanpa lemak, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa).
PANDUAN AM UNTUK PESAKIT DIABETES
Anda boleh menikmati tiga hidangan
utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang masa yang
tetap.
- Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
- Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit.
- Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
- kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad.
No comments:
Post a Comment